Monday, December 18, 2006

Aku yang "skema"

8/11/06
Hai!Anyone feeling lucky today??huhu..definitely not me.
Sebenarnya, saya agak kelam-kabut pagi ni. Almaklum, tiap-tiap hari naik lrt, kemudian menunggu komuter (yang selalu sangat delay, menyebabkan saya sering lambat!), dan kemudiannya naik van ke ofis. Kebetulan pula, hari ini Komuter tiba lewat..sangat lewat, menyebabkan saya "miss" van pukul 8.10 ke ofis. Jadinya, saya terpaksa naik van 8.30, padahal waktu pejabat saya sudah pun bermula ketika itu..hmm..
Dan persoalan yang sama bermain di minda saya..Perlukah saya berpindah rumah??
Maka, buah fikiran saya pun berdialog sesama sendiri..
"Ala..ko pindah jeee..kan senang..tak payah bangun awal sangat tiap-tiap hari. tambah campur tolak semua, sama je kosnya berulang-alik kl-subang dengan menyewa di subang".
"Tapi..kalau pindah..nanti tak bes..takde housmate kamceng" (Saya kenal housemate saya sejak di universiti dahulu)..
"Lagipun..nanti tiap-tiap pagi kena naik bas mini sbb takde transport, dan tak ade lesen!"
Dan kesimpulan yang dibuat oleh fikiran saya..
"Hmm..kalau camtu..nanti-nantila kau pikir"
Heh..Sesiapa ada cadangan??


No comments: